Sunday, June 13, 2010

[1] Terengganu, syurga dunia

Terengganu, negeri yang terletak di pantai timur Semenanjung Malaysia adalah sebuah negeri yang kaya dengan tempat-tempat perlancongan yang menggamit pelancong dari seluruh dunia datang melawatnya. Sesiapa yang pernah melawat dan bercuti ke Terengganu pasti akan rasa ingin kembali melawatnya. Itulah yang dirasakan penulis ketika pertama kali melawat ke Terengganu, sudah jatuh cinta pandang pertama dengan budaya masyarakat setempat yang unik, pantai yang bersih dan menenangkan jiwa sambil menikmati hembusan angin pantai, pelbagai makanan tempatan yang menyelerakan dan pelbagai tempat yang patut dilawati di sekitar Terengganu

Terengganu yang terletak di antara negeri Kelantan dan Pahang adalah sebuah destinasi perlancongan yang tidak patut dilepaskan oleh penduduk Malaysia dan seluruh dunia. Dengan keluasan 12,955 hektar boleh dikatakan setiap inci berada di Terengganu menjadi satu pengalaman unik yang bermakna dalam hidup seseorang yang berada di negeri ini