Saturday, August 14, 2010

[14] Tempat Membeli-Belah : Keropok Lekor Sukaramai


Bila pelancong luar datang ke Terengganu, pasti perkara pertama yang dicari adalah keropok lekor, makanan yang paling digemari oleh rakyat Terengganu dan orang luar Terengganu. Ramai yang sudah terliur apabila memikirkan keenakan keropok lekor yang direbus dan digoreng panas yang banyak dijual di tepi jalan-jalan utama di Terengganu



Salah sebuah kedai yang menjual keropok lekor yang terkenal adalah Keropok Lekor Sukaramai yang terletak di Batu Rakit. Ia menjual keropok lekor mentah yang boleh digoreng di rumah dan menjual juga keropok lekor yang digoreng panas-panas.


Selain itu kedai ini juga menjual keropok segera seperti keropok goreng dan keropok sira yang enak dimakan pada bila-bila masa


Jadi jika anda ingin membeli keropok lekor, singgahlah ke kedai Keropok Lekor Sukaramai ini kerana anda pasti tidak akan kecewa dengan keenakan keropok lekor yang menaiikan selera anda.

Bereh boh !

Tuesday, August 3, 2010

[13] Makanan : Keropok Lekor


Keropok lekor adalah makanan yang paling sinonim dengan negeri Terengganu. Pelancong yang berkunjung ke Terengganu pasti ingin merasai keropok lekor asli yang dibuat di negeri asalnya.

Keropok lekor diperbuat daripada isi ikan laut, campuran sagu dan sedikit garam. Bahan-bahan tersebut akan diuli dan digentel menjadi panjang bertali sebelum direbus dalam air panas.


Keropok lekor sedap dimakan apabila direbus kemudian digoreng rangup. Keropok lekor paling sedap dimakan ketika masih panas dan dimakan bersama sos khas untuk dimakan bersama keropok lekor

Keropok lekor yang juga dikenali sebagai ‘keropok gete’ banyak dijual di kedai-kedai tepi jalan di sepanjang jalan utama ke Terengganu. Anda dapat membeli dan merasai keropok lekor yang dibuat setiap hari dan masih segar.

Bereh boh !