Monday, July 26, 2010

[11] Tempat Menarik : Air Panas La @ La hot Spring


Nak main permainan mental? Cuba rendamkan badan anda dalam kolam air panas di Air Panas La atau pun dikenali sebagai La Hot Spring. Kenapa penulis mengatakan ia adalah permainan mental dan fizikal? Kerana bukan mudah sebenarnya untuk membuatkan anda berani merendamkan keseluruhan badan anda dalam kolam air panas yang memang betul-betul panas yang bersuhu antara 43-45 darjah celcius itu !



Penulis teruja untuk mencuba merendamkan kaki di kolam air panas di La Hot Spring. Sememangnya air yang sangat panas itu yang keluar dari celah-celah batu mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan kulit. Pada mulanya, penulis dan rakan-rakan lain tidak dapat menahan kepanasan air kolam tersebut tetapi dengan kekuatan mental, penulis dapat merendamkan badan ke dalam kolam air panas tersebut malah dapat merendam muka juga.



Kolam air panas ini berbau seperti telur yang sedang direbus tetapi mengandungi sulfur semulajadi yang dikatakan mempunyai kuasa penyembuhan. Hasilnya, penulis yang mempunyai masalah kulit dan dengan izin Allah, kulit penulis sudah kembali cantik kepada sediakala.


Air panas La yang terletak di 140km dari utara Kuala Terengganu iaitu di Kampung La, kaki Gunung Tebu di daerah Besut menjanjikan tempat perkelahan yang amat sesuai dan menyeronokkan untuk keluarga dan remaja.


Terdapat pelbagai kemudahan yang disediakan untuk pengunjung supaya berada dalam keadaan selesa sepanjang berkelah atau berkhemah di kawasan ini seperti bilik air, surau, wakaf dan gazebo, gerai-gerai makanan dan sebagainya.


Berdekatan Kolam Air Panas La terletak sebuah sungai atau orang-orang di sana memanggilnya ‘air sejuk’. Tips dan nasihat : berendam di kolam air panas dahulu bariu ke air sejuk. Jika tidak anda akan keletihan dan mungkin akan pitam.


Sungai yang berbatu-batu memang menjadi pilhan setelah berendam di air panas. Susunan dan kedudukan batu-batu tersebut menjadikan ia tempat yag cantik untuk bergambar di atas batu. Penulis dan rakan-rakan juga tidak melepaskan peluang bergambar di atas batu


Bereh boh !

No comments:

Post a Comment