Thursday, September 9, 2010

[26] Tempat Membeli Belah : Mesra Mall


Siapa kata Terengganu tiada tempat membeli-belah? Mesra Mall yang terletak di Kemaman adalah sebuah kompleks membeli belah yang menarik di Terengganu. Terdapat banyak kedai pakaian berjenama seperti Carlo Rino, Al-Ikhsan dan banyak lagi; kedai makanan yang terkenal seperti Starbucks, Secret Recipe, Donut Big Apple dan macam-macam lagi


Selain itu,terdapat satu medan selera atau ‘food court’ di mall ini. Ada kedai nasi kukus, kedai masakan mamak, kedai masakan barat dan pelbagai lagi.


Di sini juga terdapat pusat bowling, Sports Planet – tempat bermain futsal dan ada macam-macam permainan game yang menggunakan token


Jadi jika anda ingin meluangkan masa terluang anda dengan membeli belah atau mencuci mata sahaja, anda bolehlah datang ke Mesra Mall yang mempunyai kedai buku yang besar juga dan terdapat farmasi Guardian di sini.

Bereh boh!

3 comments:

  1. mintak tolong sesapa yang tahu..
    **ada tak kedai untuk disewa di mesra mall ni..
    harga mahal tak?

    tq

    ReplyDelete
  2. Hrga bleh rujuk pd Majlis Perbandaran Kemaman

    ReplyDelete