Saturday, July 31, 2010

[12] Tempat Makan : Verandah Cafe, Ri-yaz Heritage Resort & Spa


Jika anda ingin mencuba suatu kelainan ketika menikmati makanan dalam keadaan yang agak mewah tapi berpatutan dan dipenuhi dengan pelbagai jenis makanan,apa kata anda mencuba ‘hi tea buffet’ di Verandah Café, Riyaz Heritage Resort and Spa, Pulau Duyong. Hi tea buffet yang menyajikan 50 jenis makanan yang menyelerakan dari pencuci mulut sehinggalah makanan tradisonal Terengganu boleh didapati setiap hari Jumaat di sini.

Dengan harga yang amat berpatutan iaitu RM25++ untuk dewasa dan 50% diskaun untuk kanak-kanak di bawah umur 12 tahun, anda akan teruja ingin mencuba semua jenis makanan di situ. Persembahan dari ‘live band’ yang bertenaga dan badut Dudu akan menghiburkan anda.


Hi tea buffet ini berlangsung dari pukul 2.00 petang sehingga 5.00 petang, masa yang amat cukup untuk anda menjamu semua jenis makanan yang tersedia. Tapi pastikan perut anda benar-benar kosong supaya dapat merasai semua jenis makanan. Jika tidak, rugilah. Tips : Perut kosong tapi jangan tamak dengan mengambil satu jenis makanan yang banyak dalam satu masa. Ambil dalam kuantiti yang sedikit jadi perut anda masih ada ruang untuk makanan yang lain.


Apa makanan yang anda? Satay, pelbagai jenis kek dan pencuci mulut, kuih tradisonal seperti kuih pelita, donut manis, puding, buah-buahan segar yang boleh dimakan begitu sahaja atau dicelup ke dalam coklat cair, nasi goreng, ayam masak merah, pasta, sweet sour fish, laksa Terengganu, kebab, ais kacang, sushi dan macam-macam lagi. Mahu tahu lagi apa yang ditawarkan di sini? Anda memang patut mencubanya.


Sambil menikmati makanan yang lazat, anda pasti kagum dengan pemandangan yang menghadap menuju ke Laut China Selatan sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa. Anda juga dapat melihat kapal-kapal layar yang singgah di situ.



Selepas perut dah penuh, anda boleh mengambil gambar di bawah café dengan pemandangan rumput hijau yang cantik dan jeti yang menghadap ke laut.boleh jadi shooting sekejap taw.


Promosi untuk bulan puasa dan hari raya juga menawarkan buffet dengan harga yang amat berpatutan. Bawalah keluarga dan kawan-kawan menikmata masa-masa istimewa bersama-sama dan menjamu selera. Ia pastu suatu pengalaman yang unik dan cukup menyeronokkan.

Maklumat lanjut, anda boleh layari di sini

Bereh boh !

No comments:

Post a Comment