Friday, July 16, 2010

[9] Acara : Faito Roadshow dan PIKOM PC Fair



Terengganu tidak pernah sunyi dengan aktiviti dan acara yang menarik. Kerap diadakan acara yang menarik untuk penduduk dan pengunjung negeri Terengganu untuk menyertainya.




Untuk minggu ini, terdapat dua acara yang menarik di sekitar Kuala Terengganu iaitu Faito Roadshow,khas untuk peminat motorsikal dan PIKOM PC Fair,khas untuk peminat teknologi terkini.



Faito Roadshow diadakan di Dataran Syahbandar yang diadakan dari 14 Julai 2010 sehingga 17 Julai 2010. Di sana, terdapat pelbagai aksesori motorsikal di samping diadakan pameran motorsikal dan piala-piala kemenangan motorcross. Terdapat juga beberapa aktiviti menarik di sana seperti putar roda misteri Faito dan anda juga boleh mendaftar sebagai ahli kelab Faito dan mendapatkan t-shirt percuma. Jadi kepada peminat aksesori motorsikal, jangan lupa datang dan singgah roadshow ini. Maklumat lanjut tentang Faito, anda boleh layari di sini.


Dengan berkembangnya teknologi sekarang ini, rakyat pun semakin maju dan semakin peka dengan dunia teknologi dan internet. Maka ramailah semakin berminat dengan aksesori komputer dan segala yang berkaitan dengan komputer riba dan internet.

PIKOM PC Fair yang berlangsung pada 15-17 Julai 2010 di Terengganu Trade Centre(TTC) mendapat sambutan yang menggalakkan dari rakyat Terengganu terutamanya pelajar-pelajar. Dengan adanya acara seperti ini, pelajar boleh mendapatkan komputer riba , pencetak (printer) dan gajet-gajet lain dengan harga yang menarik. Terdapat computer riba dari pelbagai jenama terkenal seperti Toshiba, Acer, Compaq , pencetak (printer) hp, Canon, kamera Olympus,Canon dan macam-macam lagi seperti tetikus (mouse), broadband, antivirus.


PIKOM PC Fair yang diadakan 2 kali setahun memang akan menarik ramai peminat-peminat teknologi ke sana. Suasana yang meriah dengan tawaran-tawaran si penjual menarik pembelinya sampai si pembelijuga rambang mata.


Pakat ramai2 mari ke Faito Roadshow dan PIKOM PC Fair.

Bereh boh !

No comments:

Post a Comment