Friday, July 2, 2010

[2] Pengalaman pertama kali bercuti dan menjejak kaki ke Terengganu


pemandangan pantai ketika berada dalam kereta

Penulis pertama kali menjejak kaki ke Terengganu adalah pada tahun 2006. Penulis dan keluarga begitu teruja bercuti ke Terengganu yang terkenal dengan pantainya yang indah. Perjalanan ke Terengganu dengan menaiki kereta sememangnya luas mata memandang kerana dapat melihat ombak yang memukul pantai sepanjang perjalanan ke ibu negeri Terengganu.

Terengganu , sebuah negeri yang membangun tapi masih mengekalkan ciri-ciri tradisional. Industri kecil dan sederhana seperti membuat keropok lekor masih lagi menjadi kegiatan penduduk sini. Sudah pastilah ia menjadi kegiatan yang tak akan lekang dek panas, tak lapok dek hujan sebab kalau hujan , lagilah sedap makan keropok lekor. Siapa yang tidak menggemari keenakan keropok lekor Terengganu sambil menikmati hembusan angin pantai yang segar.

Pengalaman penulis pertama kali ke Terengganu sampai celik mata sahaja sudah tidak sabar ke pantai. Oleh kerana homestay yang penulis tinggal bersama keluarga besar terletak bersebelahan sahaja dengan pantai, lebih mudah la kami turun ke pantai menikmati matahari terbit dengan suasana pantai

Percutian penulis ke Terengganu dihabiskan dengan bermain ombak di pantai, berjalan-jalan di tempat tumpuan pengunjung ke Terengganu seperti Pasar Payang, Masjid Terapung, Pantai Batu Buruk, Noor Arfa Batek dan pelbagai tempat lagi di Terengganu. Pulang dari Terengganu pula dengan membawa pelbagai cenderahati dan cerita menarik untuk dikongsi bersama-sama kawan-kawan, penulis menyimpan angan-angan untuk kembali keTerengganu

Nah..Allah memperkenankan angan-angan penulis kerana sekarang sudah masuk 3 tahun penulis menetap di Terengganu kerana menyambung pelajaran di sebuah universiti kebanggaan rakyat Terengganu, Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) yang dahulunya dikenali sebagai Universiti Darul Iman Malaysia (UDM). Setiap hari di Terengganu meningkatkan rasa cinta dan kasih dengan negeri ini. Bila berjauhan dari negeri ini, sememangnya akan berasa rindu ingin pulang ke Terengganu.

Bereh boh !

1 comment:

  1. salam~
    mggu dpan sy nk g tgk projek jalan kat tganu,
    ble awk cadangkn pd sy tmpt adventure...

    ReplyDelete