Monday, July 5, 2010

[4] Selamat Datang Mahasiswa/i Baru UniSZA


Tanggal 4 Julai 2010 telah menjadi sejarah bagi mahasiswa mahasiswi baru Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA). Mereka telah mendaftar di sebuah universiti kebanggaan rakyat Terengganu dan mungkin pertama kali datang ke Terengganu. Kedatangan mereka ke universiti dan negeri ini disambut meriah dan diterima baik oleh rakyat negeri Terengganu.

Kemasukan mahasiswa mahasiswi baru membawa satu erti yang besar kepada warga Terengganu kerana ini akan meningkatkan kadar pelancongan di negeri ini. Dengan kedatangan mahasiswa dan mahasiswi bersama dengan keluarga ke negeri Terengganu akan lebih memperkenalkan lebih banyak tempat perlancongan di sekitar Terengganu.

Kebanyakan mahasiwa/mahasiswi yang belajar di Terengganu pasti tidak akan melepaskan peluang melawat ke pelbagai tempat perlancongan yang menarik. Antara tempat kegemaran mahasiswa/mahasiswi apabila ingin melancong di negeri Terengganu adalah seperti Air Terjun Sekayu yang mempunyai air terjun yang nyaman, Taman Tamadun Islam terletaknya 21 buah replika masjid di seluruh dunia, Masjid Kristal, masjid kebanggaan negeri Terengganu. Ibu bapa mahasiswa/mahasiswi juga pasti seronok membeli-belah di Pasar Payang yang menjual kain songket dan makanan-makanan Terengganu seperti keropok lekor, telur penyu dan sebagainya.


Seorang ibu yang menghantar anaknya belajar di UniSZA,Puan Noni Abdul Razak dari Johor berkata dia sungguh bangga anaknya dapat menyambungkan pelajaran di negeri ini dalam bidang Ijazah Muda Sains Komputer selama 4 tahun. Dia berharap anaknya akan berjaya dalam bidang ini. Dia juga berkata negeri Terengganu sebuah negeri yang menarik dan rakyatnya juga ramah dan mesra. Dia suka membeli-belah di Pasar Payang dan telah membeli banyak ole-ole untuk dibawa pulang ke kampung halaman.


Penulis terimbau kembali saat-saat mendaftarkan diri di universiti ini. Penulis berasa bertuah dapat menyambungkan pelajaran di sini kerana mendapat kawan dari seluruh negeri di Malaysia, dapat mengenali budaya negeri Terengganu,melancong ke tempat-tempat menarik di negeri Terengganu, belajar bercakap loghat Terengganu, mencuba makanan Terengganu yang lazat dan mempunyai keluarga angkat di Terengganu. Setelah hampir 3 tahun penulis berada di negeri ini, penulis benar-benar telah jatuh cinta dengan negeri Terengganu.


Kepada mahasiswa/mahasiswi baru , diucapkan selamat menempuhi alam universiti yang mencabar tetapi menyeronokkan. Belajar rajin-rajin dan banggakanlah ibu bapa anda yang telah menghantar anda belajar dengan harapan yang tinggi untuk melihat anak mereka pulang dengan kejayaan besar. Semoga dapat menyesuaikan diri di negeri Terengganu dan anda bakal jatuh cinta dengan negeri yang terkenal dengan tempat penyu bertelur ini :D

Bereh boh !

3 comments:

  1. rase semangat tiba2 jadi org ganu >____<

    ReplyDelete
  2. ingatkan kau nak kata..barulah bangga jadi orang ganu =)

    ReplyDelete
  3. Laa.. bloq eqa rupanya... hehe... siapakah gerangan anak Puan Noni tu??

    ReplyDelete