Tuesday, July 6, 2010

[5] Loghat Terengganu : Siri 1

Bukan mudah untuk orang luar Terengganu mengajuk cara percakapan atau loghat rakyat Terengganu. Keunikan loghat Terengganu adalah sesuatu yang sukar untuk ditiru oleh orang luar Terengganu. Umumnya, masyarakat Malaysia mengetahui , orang Terengganu akan menambah ‘ng’ di belakang sesuatu perkataan seperti ‘ikan’ akan menjadi ‘ikang’ dan ‘makan’ akan menjadi ‘makang’.

Keunikan loghat Terengganu bukan sahaja terletak pada ‘ng’di belakang perkataan kerana bukan semua perkataan harus ditambah ‘ng’ di belakangnya tetapi keunikan loghat Terengganu adalah cara menyebutnya dengan betul iaitu perkataan harus disabdukan,seperti kena menekan sedikit bila menyebutnya.

Oleh itu,apabila orang luar cuba mengajuk cara percakapan rakyat Terengganu,dengan mudahnya mereka dapat mengesan adakah anda benar-benar rakyat Terengganu atau orang luar yang cuba meniru percakapan rakyat Terengganu

Perkataan Terengganu pertama yang penulis belajar adalah ‘bekeng’. Sebabnya semasa minggu orientasi atau Minggu Mesra Siswa di tempat belajar penulis, pembantu mahasiswanya,bekeng-bekeng belaka. Biasalah minggu orientasi , perlu menjaga displin pelajar, jadi harus bekeng sedikit. Anda tahu apa maksud bekeng? Bekeng bermaksud garang. Tapi sebenarnya pembantu mahasiswa baik hati belaka.

‘Practice makes perfect’. Alhamdulillah setelah 3 tahun berada di Terengganu dan berkat berkawan dengan orang Terengganu, penulis sudah boleh bercakap dan memahami percakapan orang Terengganu. Penulis sungguh suka mendengar orang Terengganu bercakap sampaikan bila sudah lama tidak mendengar perbualan dalam loghat Terengganu, penulis berasa rindu untuk mendengar dan bercakap dalam loghat Terengganu.

Semasa mula-mula tinggal di Terengganu,penulis begitu bersemangat mengumpulkan kesemua perkataan-perkataan Terengganu dan belajar menyebutnya dari seorang kawan yang orang jati Terengganu. Perkataan-perkataan Terengganu itu juga itu sudah menjadi seperti sebuah kamus loghat Terengganu dan penulis tidak pernah jemu mempelajarinya.

Mari belajar loghat Terengganu

abih -- habis
bah - bas
bahang - pukul i.e. kena bahang - dipukul
bakpe - mengapa
bang - azan
boh - banjir
bollo’k = penuh sesak
beghak nanang = sangat berat
bising bangor = sangat bising
bewok = biawak
berehi = suka e.g aku berehi makang ke’pok lekor (aku suka makan keropok lekor)
bekeng = garang/bengis
do'oh - melampau e.g do'oh lalu (terlampau)
dok - tidak
dok leh - tidak boleh
dok rok - letih, tidak bertenaga
dok soh - tak perlu, jangan
dua amah - RM 1.00
dokdang = tak sempat
go'coh - bergaduh
guane(v. ga'na) - bagaimana
gege = bising
gharik = maghrib
hok - yang, yang mana, e.g hok saya royak arituh (yang mana saya bagi tahu hari itu)

Ini adalah antara perkataan yang selalu digunakan dalam percakapan harian warga Terengganu. Kita akan belajar lagi perkataan-perkataan dalam loghat Terengganu dalam siri dua nanti..tunggu…ke guane?

Bereh boh !

3 comments:

  1. Amboi... ada salah cikit.. dua amah = RM1.00, samah = RM0.50.. :)

    Perkataan diaatas macam belajar dgn FATAH.. :D

    ReplyDelete
  2. why not u visit this blog...
    one of the trengganuspeaks (terengganu have more dialeks)
    http://gonyohje.wordpress.com

    ReplyDelete